Mengenai Olive House

Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin

Pengasas Olive House

Ditubuhkan pada tahun 2011, OHR Marketing Sdn Bhd atau  dikenali sebagai OLIVE HOUSE yang bukan sekadar jenama; ia adalah sebuah falsafah yang mewujudkan nilai-nilai keaslian, kelestarian, dan kesejahteraan.

Dengan slogan We Begin With Nature, ia mencerminkan komitmen kami untuk memanfaatkan kekuatan sumber alam untuk mencipta produk-produk yang memberi manfaat kesihatan dengan nutrisi yang tinggi.

OLIVE HOUSE bermula dengan satu produk utama; Minyak Zaitun Extra Virgin, yang mendapat populariti kerana kualiti yang luar biasa dan manfaat kesihatan yang tinggi.

Hingga tahun 2023, OLIVE HOUSE telah mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan bahan-bahan semulajadi dan organik terbaik bagi menghasilkan rangkaian 24 produk yang berada di pasaran pada masa kini.

Setiap produk di bawah jenama OLIVE HOUSE diiktiraf oleh Pensijilan Makanan Organik, Pensijilan Makanan Autentik, Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Eropah (USDA & EU Organic), Pengiktirafan ‘Carbon Neutral’ (CO2), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Sijil  Halal yang diiktiraf JAKIM.

Menuju ke arah kepimpinan dalam industri, OLIVE HOUSE menghasilkan produk-produk yang terbukti secara saintifik melalui jurnal-jurnal kesihatan yang berkredibiliti. Kami percaya dalam pendekatan holistik terhadap kesihatan yang merangkumi tidak hanya aspek fizikal tetapi juga spiritual dan emosi. 

Produk yang dihasilkan kami adalah berlandaskan nilai-nilai ajaran Islam mempromosikan gaya hidup yang sihat memenuhi keperluan pengguna yang prihatin terhadap kesihatan.

OLIVE HOUSE tetap teguh dengan nilai-nilainya dan tidak pernah berkrompomi keatas kualiti dan ketulenan produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Visi & Misi Olive House

Visi Olive House


Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan menanamkan budaya pengambilan makanan semula jadi, organik dan berkualiti tinggi yang terbukti secara saintifik.

       Misi Olive House

  • Kami adalah entiti perniagaan yang memasarkan produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi.
  •  Kepentingan kami adalah untuk  membekal dan mengedar produk semulajadi dan organik.
  • Tanggungjawab kami adalah untuk memupuk budaya pengambilan produk yang terbukti secara saintifik.
  • Objektif kami adalah untuk membentuk usahawan yang berdikari dari aspek ekonomi dan berpengetahuan tinggi.